30 September 2010

KENALI ABDULLAH FAHIM

Siapa Abdullah Fahim?
Apa kaitan dengan aku?
Memang tak de kaitan langsung!

Abdullah Fahmi

 
Nama penuh beliau ialah Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim bin Haji Abdullah. Beliau merupakan datuk kepada Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, iaitu Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Beliau merupakan salah-seorang cendekiawan Islam dan juga ahli astronomi (falak). Nak mengenali beliau dengan lebih lanjut?... Aku malas nak cerita panjang-panjang... so, sila layari : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Fahim .




24 September 2010

SITI KELEMBAI...SANG KELEMBAI

Sape Siti Kelembai?
Sape plak Sang Kelembai??..
Ok!... Siti Kelembai adalah watak yang dilakonkan oleh Norliyana Samsudin dalam drama Siti Kelembai.

diambil daripada yanasamsudin.blogspot.com


Aku layan gak drama ni..
nape siti kelembai??..
meh cnie... aku bgtau mitos psl sang kelembai..

Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberapa tempat di Malaysia. Sesetengah tempat dipanggil Sang Gedembai. Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Untuk lebih lanjut, sila klik (sini)



8 September 2010

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:


"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH


Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

sumber : zakat

p/s : kalo kite mkn beras mahal... tp, bayo zakat ngan harga beras yg plg murah.... berkat x??.... confuse ni!!




CONFIRMED!!

Ok!
Aku da confirm tuka template.
Malas nak pk lame2...
Nak tunggu korang punye suggestion...
Kang tambah berbelah-bagi aku punye keinginan..
So, aku sudah tuka ngan rasminya....

Entri berkaitan : template 

Aku bukan tak berkenan ngan template 1 tu..
Tapi, aku rasa cam baik sgt jerr aku...huhu

Kalo aku tak puas hati lg
nnt aku tuka lain plak

Aku nak ucapkan selamat tinggal kepada template lame ni...

template lame ku..
















Ni la template yg aku gunakan sejak mula2 menceburkan diri dlm dunia blogging....




7 September 2010

TEMPLATE

Aku nak tuka template..
Ade 2 cadangan..
Tapi, aku x tau nak pilih yg mane...
Korang tlg aku bleh???


Template 1 : bertemakan masjid














Template 2 : bertemakan iphone
















Mengikut korang, template mane 1 yg aku harus guna????..

pssstttt... baju raye bini aku thn ni kaler brown...



2 September 2010

PEMASYHURAN MERDEKA

W/pun raye da dekat...
semangat merdeka tetap ada..
aku nak kongsi ttg ini...

Pemasyhuran merdeka




















Credit to google