25 Ogos 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

oleh Ibnuyaacob

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda
permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalahtepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma
ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah ...
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine . Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Dr.Ralph Steinman

University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahanpenyakit ) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan
rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejalaswine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller
adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua . Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau . Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika . Pada 1 Oktober 2008 , Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis USNavy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk
membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza . Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usaha
sama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008 , apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008 ;
"Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,"

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah matikerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika
menyebarkan Selsema Babi ini?

Tiada ulasan: