18 November 2009

KEMALANGAN 2007



18 November 2007.

Berlakunya beberapa peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.
Pada tarikh inilah buat pertama kalinya kakiku memijak bumi Sabah di bawah bayu...
Pada tarikh ini sepatutnya berlangsung majlis pertunanganku...
Pada tarikh ini jugalah berlakunya suatu kemalangan yang melibatkan aku, mak & abg ipar serta beberapa orang ahli keluarga bakal tunangku(ketika itu).
Peristiwa berlaku ketika kami dalam perjalanan ke Beaufort(kg bakal tunangku).
Kereta yang kami naiki (tgk gambar) dilanggar oleh Proton Saga. Kereta tersebut terbabas kerana pemandunya diserang sawan. Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua belah kaki mak patah.
Hari ini... genaplah 2 tahun berlakunya kemalangan itu. Sukar untuk kami melupakannya.


Tiada ulasan: