28 Februari 2012

surat kabo punye cite..

Kalo korang x sempat nak selak surat kabo..
ni aku ade copy paste skit..

JOHOR BAHRU: Usaha membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini tertangguh sehingga April depan, kerana majikan tempatan yang mahukan khidmat mereka kini perlu mengemukakan profil peribadi bersama tawaran gaji untuk diteliti warga Indonesia yang berminat datang ke sini.

Terbalik kot!
spatutnye org yg nak cari kerja tu yg kena bg resume..
ni.. majikan plak yg kene bg profile..

Ia juga menetapkan pembantu rumah Indonesia diberi cuti satu hari dalam seminggu dan layak dibayar gaji satu setengah hari jika memilih untuk bekerja pada hari cuti berkenaan.
Hari cuti yg majikan bg tu lerr depa guna p buat kerja part time..
x paham aku!..
kalo nak rehat..rehat ler bebetul..
ni x.. g plak buat kerja part time..
x pyh bg cuti!

Kerajaan Indonesia juga menyediakan latihan 200 jam atau sebulan kepada pembantu rumah yang ingin berkhidmat di negara ini dan menunggu profil daripada majikan negara ini sebelum persetujuan daripada pembantu rumah sama ada setuju atau sebaliknya untuk menerima gaji ditetapkan.

latihan 200 jam?
guna mop pun x reti..
camne?
latihan mende?
blajo ape 200 jam tu?

Dalam MOU itu juga menyatakan kebaikan kepada pihak majikan jika ada pembantu rumah yang melarikan diri. Agensi terbabit perlu mengganti pembantu rumah baru jika pembantu yang dihantar melarikan diri atau membayar ganti rugi yang dipersetujui antara majikan dan agensi pembantu rumah, katanya.

kalo PR dr agensi same..
x sampai 2 bln..
cabut...
agak2 ape masalahnye erk?
ker ade konspirasi?

berita selanjutnya..
bace bharian..

Tiada ulasan: