31 Disember 2009

2010... MENUNGGU DETIK...

2010.... hanya beberapa jam saja lagi akan menunjukkan wajahnya....
tik..tok..tik..tok...


22 Disember 2009

DURIAN MERAH....



Sebelum ni aku ada bgtau pasal durian merah kat kg aku kan???.... hari ni baru berkesempatan nak upload gambarnye... itu pun setelah mendapat persetujuan drpd my wife.... tp, aku confuse sikit laaa... warna merah ke oren ni???.....

16 Disember 2009

MELAKA - CUTI2 1 MALAYSIA


Lama dah tak turun Melaka Bandaraya Bersejarah. Banyak perubahan yg berlaku. Makin cantik dan meriah cuma jalan jer jem. Saje jer g jalan bawak Zahraa. TQ kepada my fren Sahrul
kerana meluangkan masa untuk kami sekeluarga dan menumpangkan rumah beliau. Tak banyak tempat yang kami pergi pun coz nak melayan perangai si kecik sorang ni. Sempat jugak la aku terlelap dalam planetarium Melaka coz nak tunggu tayangan perdana. Si kecik pun sama gak mungkin bosan kot??????













10 Disember 2009

DISEMBER : 4 HARI BEKERJA...

Disember this year mmg best...
Kalo laaa every year mcm ni kan best....
keje 4 hari seminggu jerrr...


9 Disember 2009

BZ....

Sori laaa erk... tuan punyerr blog tgh bz layan mafia wars....
blog akan di update oleh assistant nyerrr....huhu

18 November 2009

KEMALANGAN 2007



18 November 2007.

Berlakunya beberapa peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.
Pada tarikh inilah buat pertama kalinya kakiku memijak bumi Sabah di bawah bayu...
Pada tarikh ini sepatutnya berlangsung majlis pertunanganku...
Pada tarikh ini jugalah berlakunya suatu kemalangan yang melibatkan aku, mak & abg ipar serta beberapa orang ahli keluarga bakal tunangku(ketika itu).
Peristiwa berlaku ketika kami dalam perjalanan ke Beaufort(kg bakal tunangku).
Kereta yang kami naiki (tgk gambar) dilanggar oleh Proton Saga. Kereta tersebut terbabas kerana pemandunya diserang sawan. Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua belah kaki mak patah.
Hari ini... genaplah 2 tahun berlakunya kemalangan itu. Sukar untuk kami melupakannya.


8 November 2009

APO NAK DI KATO

Lama jugak menanti, 61 tahun lamanya. Nama piala pun dah bertukar baru nak dapat balik. Apa2 pun tahniah kepada N9 dan lawannya Kelate kerana memeriahkan perlawanan akhir Piala Malaysia. Bola tu bulat.










8 Oktober 2009

KAMPUNG HALAMAN MENTUAKU


Memang suasana kg beb. Teringat masa dok kat Jelebu dulu.
Pg2 dah dengar bunyi ayam berkokok. Dulu dok Jelebu ada lah
bela ayam sabung (Made in Siam).
Masa bersabung mmg best

Kat depan umah ada landasan keretapi. Yang aku tau pukul 4 ptg ngan 5
ptg ada lah keretapi lalu. Masa lain ada gak tapi aku tak ingat, nanti korang
ingat aku dok monitor time keretapi lalu lak. Seberang jalan
Hospital Beaufort.

Belakang umah ada sungai, boleh tgk org mancing and bot lalu. Pas tu korang
boleh nampak buah rambutan kat atas bumbung umah depan. Musim buah
la katakan.

Tapi ada satu lagi buah, buah tarap namanya. Hari Raya ari tu 1st time makan. ok gak.
korang kena test baru tau. Kat sini ada buah durian isinya kaler merah, tapi x de bau.

Beaufort ni trademarknya buah limau barli. Ada kat roundabout tapi aku x sempat
bergambar kat situ pasal jln jem. Aku ingat kat KL je jem kat sini pun jem jugak.

Nantikan episod seterusnya.

7 Oktober 2009

Red Viva

Papa ku pulang dari Kota,
Papa ku beli kan kereta,
Kereta Kecil Warna Merah,
HO HO HO HO HO HO HO

29 September 2009

KAMPUNG HALAMAN MENTUAKU

Gambar2 akan diupload kemudian.....
Semua gambar2 ada dlm nphone...

p/s : nphone tgh weng.... so, tunggu laaaa nphone da ok blk.... baru laaa upload...

23 September 2009

WORLD CUP 2010

Kehadirannya hanya 4 tahun sekali tapi bahangnya sudah terasa. Semua mengambil kesempatan bersempena world cup 2010, tak terkecuali stesyen TV berbayar di Malaysia. Pada peminat no 1 sukan ini tentunya mereka paham apa yang aku tulis nih. HEHEHE. Majulah sukan untuk negara 1 Malaysia. Maklum la tak de pesaing. Nanti aku jemputla rangkaian TV berbayar lain masuk Malaysia (FDI), bila ada pesaing baru tau. Jom kita tgk ramai2 kat kedai mamak, tak tau la pulak kalu mamak nak charge lebih.... hehehe



17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430H.. MAAF ZAHIR & BATIN

Assalamualaikum kpd semua yang membaca blog ini.... (kompiden jerr...ntah2 x de sape pun bace).... Today, aku dan keluarga ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir & batin erk.... mana laaa tau kalo2 ada yg terasa hati ke.... mana laaa kami tau kn???...... malam ini kami akan balik ke T.T.J dahulu...coz tomorrow da kena fly blk sabah......

7 September 2009

Man vs Woman

A man was sick and tired of going to work every day while his wife stayed home.

He wanted her to see what he went through so he prayed:
'Dear Lord: I go to work every day and put in 8 hours while my wife merely stays at home.

I want her to know what I go through.

So, please allow her body to switch with mine for a day Amen!'

God, in his infinite wisdom, granted the man's wish.

The next morning, sure enough, the man awoke as a woman

He arose, cooked breakfast for his mate,
Awakened the kids,
Set out their school clothes,
Fed them breakfast,
Packed their lunches,
Drove them to school,
Came home and picked up the dry cleaning,
Took it to the cleaners
And stopped at the bank to make a deposit,
Went grocery shopping,
Then drove home to put away the groceries,
Paid the bills and balanced the check book.
He cleaned the cat's litter box and bathed the dog.
Then, it was already 1P.M.

And he hurried to make the beds,
Do the laundry, vacuum, Dust, And sweep and mop the kitchen floor.
Ran to the school to pick up the kids and got into an argument with them on the way home.
Set out milk and cookies and got the kids organized to do their homework.
Then, set up the ironing board and watched TV while he did the ironing.
At 4:30 he began peeling potatoes and washing vegetables for salad, breaded the pork chops andsnapped fresh beans for supper.

After supper,
He cleaned the kitchen,
Ran the dishwasher,
Folded laundry,
Bathed the kids,
And put them to bed.

At 9 P.M ..
He was exhausted and, though his daily chores weren't finished, he went to bed where he was expected to make love, which he managed to get through without complaint.

The next morning, he awoke and immediately knelt by the bed and said: -
'Lord, I don't know what I was thinking.
I was so wrong to envy my wife's being able to stay home all day.
Please, oh! Oh! Please, let us trade back.
Amen!'

The Lord, in his infinite wisdom, replied:
'My son, I feel you have learned your lesson and I will be happy to change things back to the way they were.


6 September 2009

Cerita-cerita lawak

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu
awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak
pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci ..........

Cerita 4

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 5

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It
happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru
jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler
tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked
from the police officer and asked for her driving license and so on but
unfortunately
at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite
major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the
accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne,
she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu
tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.
" So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER
NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg
malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna
putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Cerita 6

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

Cerita 7

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Cerita 8

Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi
polis : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

Cerita 9

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.

Cerita 10

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

Cerita 11

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Cerita 12

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...


29 Ogos 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)

oleh Ibnuyaacob

flu

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi.. Beliau berkata dengan penuh yakin;

"I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,"

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

"I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare."

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof.. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?

Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel

Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York.. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media-media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah "holocaust" bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjatan biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

(Gambar) David Ben Gurion

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan- penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann..

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel

Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel.

Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan

Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

"Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia."

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.


26 Ogos 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)

oleh Ibnuyaacob

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai "agenda tersembunyi" oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis-saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak.
Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah "terrorism". Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila..

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan

Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik.. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan ;

* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

"Bioterrorism is a real threat to our country. It's a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them.... It's important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies."



25 Ogos 2009

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

oleh Ibnuyaacob

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Flu dari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda
permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia.
Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalahtepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma
ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian.

Perkara itu ialah ...
Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine . Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Dr.Ralph Steinman

University of Rockefeller

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular.
Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahanpenyakit ) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan
rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejalaswine flu.

Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman?

Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan di Universiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller
adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua . Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.
Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau . Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika . Pada 1 Oktober 2008 , Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan.
Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis USNavy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk
membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza . Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang.
Usaha
sama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008 , apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu?
Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008 ;
"Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,"

Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah matikerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika
menyebarkan Selsema Babi ini?

21 Ogos 2009

SUAMI TERBAIK

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"

"Abang, nie sayang nie,"

"Emmm... "

"Abang masih ada di kelab lagi ke?"

"Iya."

"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"

"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"

"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"

"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"

"Cuma $280,000 ..."

"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."

"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."

"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"

" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita
boleh cover harga tu. . ."

"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "


13 Ogos 2009

TUAN PUNYA BLOG

Actually, tuan punya blog ini namanya Rohairy Mohd Yusoff. Suami kepada wanita bernama Azrinah Ibrahim dan bapa kepada Zahraa Rohairy. Tuan punya blog ini belum ada idea nak menulis dalam blog ini. So, saya dengan rela hati menulis untuk beliau.

Mcm poyo laaa plak aku rase... Kite guna bhs kolumpo laa erk.... aku x reti nak berbaku2 nih... kah!kah!kah!... Abg ckp kat aku yg dia x tau nak tulis ape kat blog nih... Tuh laaa... bile org lain ade blog, dia pun sibuk... nak gak.... bile aku da create kn blog utk dia.... dia plak x tau nak tulis ape..... aku ckp kat abg... tulis laaa psl keje dia kerr...psl zmn skoolah kerr.... tp, dia kate x best.... ikut suke laaaa......... janji aku da tlg intro da nih.... huhuhu...


4 Ogos 2009

TRIAL

N3 ini trial jer tau... baru nak berjinak2 nak jd blogger...