21 Julai 2011

BUBARKAN SEMUA PERSATUAN ARTIS!

Itu bukan aku cakap!
aku retype je..
tu tajuk berita dalam utusanmalaysiaonline la...

Ingat lagi x pasal ini?
Ini? yang ini jugak?
Smuanye berkisar pasal persatuan artis..

Saya rasa isu itu tidak timbul kerana saya yakin semua ahli Karyawan juga bersetuju dengan cadangan saya itu. Begitu juga dengan ahli-ahli persatuan lain, apatah lagi bagi persatuan- persatuan artis yang tidak aktif. Ini kerana, gesaan saya itu bukan sahaja terhadap persatuan-persatuan artis lain tetapi termasuk juga Karyawan. Niat saya satu sahaja iaitu untuk penyatuan. Kalau selama ini Karyawan aktif dengan pelbagai aktiviti kebajikan untuk ahli-ahlinya. Maka, saya yakin apabila semua artis bergabung dalam sebuah persatuan ia akan menjadi lebih aktif dan teratur. Sebab itu, tidak timbul isu rasa tidak puas hati dan sebagainya. Malah, saya juga sanggup meletakkan jawatan saya sebagai Presiden Karyawan serta merta jika saranan saya agar semua persatuan artis dibubarkan. Saya juga tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dalam usaha menubuhkan persatuan yang baru itu nanti. - Datuk Freddie Fernandez
Itu dia cakap waktu ni...
x tau plak bila persatuan tu da tertubuh nanti...
lain hulu lain parang...
lain padang.. lain belalangnye...
mane nak tau hati manusia...
rambut same hitam..
hati?... ade kaler2 erk?...

Tp, bagi aku yang bukan retis...
bagus jugak!
bernaung la di bawah 1 payung...

Di sini, ia membuktikan berlakunya pertindanan fungsi sesebuah persatuan itu. Sebab itulah perlunya kita ada hanya sebuah persatuan. Di bawahnya nanti kita boleh wujudkan biro-biro sendiri misalnya yang mewakili penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya. - Datuk Freddie Fernandez
Tau pun!
sedar pun!
ingatkan x sedar2...
bernaung di bawah 1 payung yg besar..
di bawah payung besar tu plak..
ade payung2 yg kecik...
utk mewakili profession masing2....
kan senang?...
tp, lagi besar payung...
lagi ramai anak2 buah yg akan terkena tempias hujan...
so, fikir2 kan laa....




Tiada ulasan: